Posts

MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM

Image
MPU23012 PENGAJIAN ISLAM TUGASAN BERASASKAN MASALAH KUMPULAN 4 Pendahuluan tentang masyarakat yang berbilang kaum      Secara umumnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang masyhur dan unik kerana memiliki komposisi masyarakat yang berbilang kaum yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan yang akhirnya membentuk masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni. Namun ia juga menjadi cabaran kepada negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial. Cabaran itu wujud terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini juga akan memperkukuhkan lagi kemakmuran dan perpaduan negara. Perpecahan dan salah faham amat mudah terjadi jika isu perpaduan dan penyatuan tidak ditekankan.      Sejarah juga telah membuktikan bahawa Malaysia dapat mengatasi sebarang cabaran apab